Wednesday, 7 January 2015

Khat Kufi Sticker Laptop


Bismillahirrahmanirrahim. Kami juga menerima tempahan khat kufi bagi sticker laptop yang menggunakan nama anda sendiri / perkataan daripada anda / surah daripada anda. Harga yg kami tetapkan begitu murah.

da hanya perlu berikan nama/perkataan/surah dalam rumi. Kemudian, kami akan tukarkan kepada tulisan jawi dan jadikan ianya sebagai khat kufi.

Anda boleh memilih background sama ada warna hitam ataupun putih.

Anda juga boleh memilih warna tulisan sama ada satu warna / dua warna / campur warna warni / gradient / abstrak.

Jika anda ingin letak corak daun pun boleh.

 Kami menggunakan glossy paper printing stiker.

Harga : RM20 sahaja.

Sebarang tempahan boleh terus WhatsApp : 017 502 0794





Khat Kufi Frame


Bismillahirrahmanirrahim. Kami menerima tempahan khat kufi berserta frame dengan perkataan atau nama anda sendiri. Harga yang kami tetapkan begitu murah.

Anda hanya perlu berikan nama/perkataan/surah dalam rumi. Kemudian, kami akan tukarkan kepada tulisan jawi dan jadikan ianya sebagai khat kufi.

Anda boleh memilih background sama ada warna hitam ataupun putih.

Anda juga boleh memilih warna tulisan sama ada satu warna / dua warna / campur warna warni / gradient / abstrak.

Sebarang tempahan boleh terus WhatsApp : 017 502 0794






Tuesday, 6 January 2015

Khat Kufi Self Print


Bismillahirrahmanirrahim. Kami juga menerima tempahan khat kufi self print yang menggunakan nama anda sendiri / perkataan dripada anda / surah daripada anda. Harga yg kami tetapkan begitu murah.

Anda hanya perlu berikan nama/perkataan/surah dalam rumi. Kemudian, kami akan tukarkan kepada tulisan jawi dan jadikan ianya sebagai khat kufi.

Anda boleh memilih background sama ada warna hitam ataupun putih.

Anda juga boleh memilih warna tulisan sama ada satu warna / dua warna / campur warna warni / gradient / abstrak.

Jika anda ingin letak corak daun pun boleh.

Kami akan hantar guna softcopy kat email saiz A4. Nak saiz 8 x 10 pun boleh ye.

Tetapi kami tidak menyediakan frame atau apa apa. Anda perlu pergi ke kedai utk print dan frame kan sendiri.

Harga : RM10 sahaja.

Sebarang tempahan boleh terus WhatsApp : 017 502 0794




Surah An-Nas  



Tempahan - tempahan


Jika anda berminat dengan Khat Kufi dan harga yg kami tawarkan.
anda boleh terus menghubungi kami.

En. Mohamad Amirul (011-15566621)
En. Najib b. Fidaudin (017-5020794)

Cepat-cepat hubungi kami utk sebarang tempahan.
Terima kasih. 

Galeri Kufi

Galeri Kufi kami.





















Pengenalan #2



 HARGA PROMOSI!!!

Tempahan : - Nama Perseorangan 
                    - 1 patah perkataan (RM5) / Frame / Printer (RM25)
                    - Keluargaan - berdasar bilangan nama ahli keluarga
                    - Free COD (Cash On Delivery)
                    - Sticker Laptop ikut tempahan (RM20)
  
*Mesti disertakan dengan email anda

Pengenalan Khat Kufi


PENGENALAN KHAT KUFI

Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya.

Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhan-tumbuhan yang menjalar. Dengan dihiasi pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris dan juga alat jangka lukis.

Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-Qur'an di peringkat awal. Khat Kufi mempunyai identitinya tersendiri kerana hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattatmengikut kedudukan yang sesuai dalam teks.

Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke puncaknya. Pertama, Kufi Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua, Kufi Fatimi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909 sehingga 1171 Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang memerintah Mesir, Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi Mamluki yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir dari tahun 1250 sehingga 1517 Masihi.

Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba', khat Kufi Musattar, khat Kufi Mutalasiq, khat Kufi Muwarraq, khat Kufi Muzakhraf, khat Kufi Madhfur, khat Kufi Muzayyin Nafsah, khat Kufi Muta’assir bil Rasm, dan khat Kufi Musyakkal. Kesimpulannya, dalam penulisan khat Kufi terdapat kepelbagaian dan pelbagai bentuk reka cipta. Penggunaan elemen hias dan kreativiti penulis semakin meningkat, tahap demi tahap sebagaimana yang dizahirkan melalui karya-karya agung mereka. Antara khattat yang terkenal dalam penulisan khat Kufi adalah Mahmud al-Hawari, Badawi, dan Muhammad 'Abdul Kadir. Di Malaysia, Ustaz Muhammad Asrak Hj Mohd Osman terkenal dengan penulisan khat Kufi melalui karya-karyanya yang tersergam indah di bangunan-bangunan sepertimana yang ada didalam Masjid Putra, Putrajaya ketika ini.